>

Tuesday, January 29, 2013

Penutupan Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah IPG KPI 2012

In the name of Allah ~~~ Alhamdulillah.. hari ni selesai 1 event kat IPG CK. Minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah yg bersempena bulan kelahiran kekasih Allah, Rasulullah. Kemuncaknya hari ni la. Ada la perarakan dari tempat dataran sampai la Dewan Besar Nik Muhyidin Musa.

Pagi-pagi lagi kami dah siap sedia kat tempat berkumpul.. apa lagi.. nak solek-solek la, pakai aksesori la.. Tahun ni preparation kami agak teratur and semua bersemangat..hehe dah meningkat dewasa la katakan.. tak masal la plak..


ni la time kami bz nak siap-siap. sempat lagi nak posing tu..


Setelah 90% siap.. dah nak gerak dah ni.. Comel kan sepanduk kami :)

ok.. ni gambar ramai-ramai.. Alaaa.. CK pn nak snap-snap jugak..sob3



haa...nah..nak sangat masuk.. p/s: sila abaikan budak tengah (Ilyas) tu..haha

Lepas dah puas ber'snap-snap' dekat dataran, kami pn berarak la pergi dewan.. yela..orang dah suruh jalan..kena la gerak.. Kami punya selawat agak berlainan daripada yang dah diberikan. (suke hati kami la) Kami yang muslimat dah penat dok berlatih dalam gelap dekat surau taw, haa..punya la semangat. Siap berlatih pusing-pusing lagi. Kalau orang tengok mesti diorang kata.." apa kena la budak-budak ni pusing-pusing dalam gelap tu.. takde keje agaknya.."  -_-" tapi tu la strategi sebenarnya..practice makes perfect la katakan. Antara qasidah yang kami pilih untuk berarak ni ialah ya hanana, Selawat Thobibiah dan qasidah Jalaliah. Semangat betul kami. Dan yang mengetuai perarakan utuk kelas kami ialah Ilyas. Semangat sampai langgar kon lagi. ish3..

Bukan setakat perarakan saje, tapi kami juga diperdengarkan dengan santapan rohani yang disampaikan oleh Ust. Hafizi yang bersempena Maulidurrasul ni.
Kemudian, ada la penyampaian hadiah untuk aktiviti-aktiviti yang dah dijalankan masa minggu lantunan mahabbah ni. Dan untuk pertandingan perarakan tadi,  kelas kami berjaya mendapat tempat kedua. Alhamdulillah..berkat kerjasama semua ahli kelas..walaupun CK takdela membantu sangat.. asiff jiddan.. -_-' 


Iqbal yang wakil kelas kami.. gambar dari jauh je.. tak berapa jelas la pulak.

Dah habis je penutupan minggu Lantunan Mahabbah Rasulillah, ada pulak pelantikan untuk ahli-ahli JPP yang baru. Then, barula tamat perhimpunan. Dan tibala masa bersnap-snap secara berjemaah...hehe jeng3 ni la class member CK yang tercinta bersama naqib kami Ust Md. Zuraini yang sporting :)

dalam gambar ni cuma takde wani je..masih belum sempurna... sob3

Alhamdulillah, segalanya selesai dengan jayanya. Dan bersyukur kehadratNya kami gembira dalam menjayakan minggu ini InsyaAllah.. Semoga semangat dan cinta kepada Rasulullah sentiasa tersemat dalam setiap hati-hati kami selamanya..Ameen..

RASULULLAH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN~~

THE END.. WASSALAM


Monday, January 28, 2013

Spectacular Herbalife 2013 PART 1

Alhamdulillah masih bernafas lagi. Syukur keatas nikmat yang diberikan Allah kepada diriku ini. Ok nak mule la.
Spectacular Herbalife 2013
 Apa tu?? haaa...Sebenarnya CK baru balik dari 1 event Herbalife ni.

Apa Herbalife ni??? Herbalife ni ialah makanan nutrisi yang bukan je untuk kurus, tp sebagai makanan tambahan yang sememangnya diperlukan oleh badan kita. Maksudnye, dia membantu kita mendapatkan nutrisi yang diperlukan badan kita. Kalau nak tahu lebih lagi bolehla google2 ae.
 CK ni je signup jadik member Herbalife ni, itupun kawan yang signup kn n dia jugakla yang sponsor tiket. CK cuma bayar half untuk accomodation,yang lain semua dia bayarkan. Tapi thanks to him because I got to know Herbalife better and now I want to share my experiences during the Event. Event ni diadakan di Stadium Putra for 2 days and kami menginap kat International Pearl Hotel.

MY JOURNEY TO SPECTACULAR
Actually CK and beberapa kawan pergi lambat hari jumaat tu sebab kami ada kelas sampai tengahari so maknanya kami join event hri sabtula (tapi memang hari sabtu pn tok orang yang baru dalam Herbalife ni.).














 haa...tu dia. barang-barang yang nak gi bawak. Cam nak gi travel je.

Kami cuma naik KTM je sampai Bandar Tasik Selatan then tukar Rapid sampai la ke Bukit Jalil. Sampai-sampai je Bukit Jalil, terus hujan. Kitowang pun solatla kat surau yang ada kat situ. Bila masuk surau nampakla beberapa member Herbalife yang lepak kat situ. Lepas solat, kami tunggula bas yang akan ambik kami kat situ. Agak lama jugakla, dengan penat lagi. Tapi itu tak mematahkan semangat kami. (chewahh) Dalam pukul 6, then kami pun dibawa ke PEARL INTERNATIONAL HOTEL.( International lagi u..jangan jelesss..haha menyampah) Sampai kat hotel, kami jumpa la ngn leader kami, k. dayah fadzil. Dan kami pun chek in bilik for 5 orang. Bilik dia selesa sangat memang macam kami nak gi vacation la. Excited kami. So apa lagi.. CK pn ber'snap2' la ngn geng.



                       memang nyenyak la kitorang kalau macam ni gayanye..



                               Toilet pun jadik.. tapi best kot nak berendam kat sini.

Mula-mula kami berempat je yang sampai dulu sebab kawan CK yang kelima ni trip lain dan dia kawan time kat maahad muar dulu. Lepas kami solat Isyak baru la dia sampai. Sebenarnye one of the reason we all nak gi event ni sebab nak jumpe kawan-kawan kat Maahad Muar dulu. Reunion la konon-kononnye.. Sambil menyelam minum air la kan. Ni la antare kawan CK yang kat Maahad Muar dulu.


            yang kanan tu kawan maahad merangkap kawan IPIS.. Beah n yang kiri tu.. Nady..


PART 1....... THE END. NANTIKAN SAMBUNGAN PART 2. WASSALAM.


Tuesday, January 22, 2013

U'r mine

okey..hari ni agak excited nak menaip ni. walaupun alkisahnye dah bape lame tak update blog. Kan dah beritahu awal-awal...CK hanya akan update bile rajin and ada mood je..hehe
haaa..habes tu kenapa rajin pulak hari ni?? Saje la nak citer pasal forum yang akan berlangsung tak lama lagi.. ni haa tajuknye..

Sayonara Jahiliyyah 
yang pasal forum ni taknak la citer sangat..surprise la dulu.

ooo..ye..CK hari tu ada la beli barang baru..baek punye.. punyela susah nak buat pilihan.. sampai sejuk tangan (ntah kenapa la pulak) sebab before ni CK ada la pesan barang ni kat tenet tapi bile survey-survey rupanya barangyang CK nak beli kat tenet tu tak berapa nak bagus pulak.. so terpaksala meng'cancel'kan barang tu (sorry la tauke)  agak macam mission impossible (macam tak kait sangat la) jugakla nak memikirkan mane satu nak pilih. siap tanya kawan yang pro pasal barang tu lagi. Last-last pikir punya pikir, dapatla ilham nak beli yang ni. Ketaq kot tangan nak bayar. smart kan.. I looooikee.

tq pakcik google

Tuesday, January 15, 2013

Kesenangan yang dipinjamkan...

Hri ni CK buat post ni sebab terpikir untuk share apa yang berlaku semalam.. Alhamdulillah segala urusan CK untuk handle sebuah forum yang akan dibuat akan datang dipermudahkan. Bersyukur sangat ^-^ senyum sampai ke telinga semalam. Bila kita dapat buat apa yang kita nak mesti la suke kan..pelik la kalu ada orang yang tak suka plak bile dapat apa yang dia nak. kan3 Dalam dok suke-suki ni CK terpikir la pasal nak conteng-conteng kat blog pastu nak kaitkan dengan sesuatu yang mungkin penah berlaku or kite sedang melakukan perkara itu sekarang ni. suspen2

Dalam hidup kite yang disenangkan oleh Yang Maha Esa ini tak kira la dalam kehidupan seharian ke dari segi wang ringgit ke project senang nak dapat ke, pernah tak kite terfikir yang semua kesenangan itu adalah ujian dari Allah. 
Mungkin Allah nak lihat sama ada hambaNya ni bersyukur ke tak bile dapat sesuatu. Ingat tak nak beribadat pada Allah bila dah senang macam beribadat time susah-susah dulu. Macam mana kalau Allah tarik balik kesenangan kita, dari dapat 100 juta semalam tibe-tibe bankrap esoknya. Nauzubillah. Jadi sentiasa bersyukur la pada Allah. Dan pastikan kesenangan yang kita kecapi tu dari sumber atau hasil yang betul atau halal ye. Sama-sama la kita ingat mengingatkan.

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

Wassalam

Sunday, January 13, 2013

penyakit tak tidur malam

Kali ni CK nak share something bersempena CK yang tido lambat malam semalam walaupn dah malam sudah larut..(aiceceh) ada sesetengah orang yang dia sangat la susah nak memejamkan mata pada waktu malam ni. jadi burung hantu la plak. kalu korang memang dah terlebih tido siang 2 lain cite la.. ni memang dah tabiat orang tu susah nak tido malam. nama tabiat ni ialah insomnia ye..bukan pakcik Som sebelah rumah tapi INSOMNIA. sebenar-benarnye insomnia ni bukanla penyakit (so tajuk post tak boleh pakai sangat) ia sebenarnye....

Insomnia merupakan suatu gejala yang memiliki berbagai penyebab, seperti kelainan emosional,kelainan fisik dan pemakaian ubat-ubatan.

 Bukan setakat susah tido malam je tapi kekadang bile dah tido pon selalu terjaga pada waktu malam (ish..kesiannye). korang jangan pikir orang yang ada insomnia ni alien pulak sebab semua orang akan merasa gejala insomnia ni walaupun sekali seumur hidup. so sume orang tak boleh lari la ye.. agak-agak susah nak tido tu or selalu terjaga lepas tido maknenye insomnia la tu.
Maybe korang akan terkena insomnia ni bile korang rse stress, bile umur dah meningkat, pengaruh ubat, cemas lagi-lagi time nak exam ke dan ada lagi la sebabnye.
 Korang boleh atasi masalah ni, antaranya:

  •  Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
  • Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
  • Elakkan tidur pada waktu tengah hari
  • Melakukan senaman dengan kerap
  • Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
  • Jangan merokok
  • Belajar menangani tekanan
  • Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.


Sesiapa yang rajin sangat kena insomnia ni kena la try cara-cara nak atasinye ye sebab mengikut kajian golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih tinggi menghidap kencing manis dan penyakit jantung. 
So, jangan ambil mudah ye bile kerap tak tidur ni. Rasenye cukuplah CK ceramah kesihatan sampai sini je. Ada masa CK post lagi ye.

P/S: kalau rajin sangat terjaga malam tu, cuba la qiam sekali sekala. Dapat pahala + berkat + dll lagi.

Sumber: Pakcik Google

Saturday, January 12, 2013

Bersihkan Sawang


Selepas sekian lama x bukak blog ni...akhirnye bukak jgk skg ni.. ok..nk wt perasmian semula la ni. tak bukak dulu disebabkan oleh kesempitan waktu.. (aiceh..pdhal malas je 2) so,bile dah bukak ni, rase cam dh bersawang dengan sarang lelabah pastu ad habuk-habuk lagi.. punye la lame tak bukak (time sem 1 je aktifnye..kuang3). so sekarang ni perasmian balek la ni.. banyak dah yang dah tukar.. dengan tambah lagi segala bagai.. siap tukar blog title lagi..punye la macam nk mulekan hidup baru konon. tak pe la tengok jela sampai bile bleh bertahan nak layan blog ni plak.


actually, one of the reason CK nak active kan blek diri dengan blog ni sebab CK nak buat ala-ala diary la before CK jdk cikgu ni.. haa..leh la i share2 dengan uolls suke duke jdk seorang pendidik ni.. nanti bile CK dh tue ke boleh la CK tengk balek blog ni.. bace snsowg smbil nanges2 ke..(teringat la zaman mude2 time 2) ok.. dah merepek dah ni.. rasenye sampai sini jela CK nak merepek. len kali CK update lagi la.

p/s: CK is refer to Cik Kuntom..tuan tanah kedaong. have a good day dan selamat beramal!

wassalam