>

Thursday, November 3, 2011

cara memandikan jenazah pesakit AIDS..

Assalamualaikum...salam ukhwah!
hari nie Fatin nk share cara2 memandikan jenazah yg fatin pnh blajar mase mghdiri kem prostar dlu...
sbnrnye x bnyk beza pn cara mndikan jenazah aids ni ngn jenazah biasa..cumenye..beza nya ialah tmbhn 1 bhn pntg..iaitu clorox yg digunakan utk mghpuskan kumn2 HIV ni..

prsediaan semasa mmndikan jenazah HIV/AIDS:
1. Pemandi jenazah mesti memakai sarung tangan (dua pasang) yang tebal dan kalis air.
2.  Pemandi memakai topeng (mask) yang menutup mulut dan hidung serta digalakkan utk mmkai eye shield.
3.  Pemandi juga mesti memakai apron dan kasut but serta tidak digalakkn memakai cincin/jam.
4. Pastikan orang yg memndikan jenazah tidak mempunyai sebarang luka pd tgnnya bimbg akan trkena jgkitan.
5. Bekas mandi jenazah mestilah mempunyai saluran air keluar terus ke dalam tanah.
6. Bahan mandian menggunakan klorok (1 liter clorox = 9 liter air)
7. Sekiranya peralatan tersebut hendak digunakan semula maka ia hendaklah direndam dalam larutan klorok selama 3 jam sebelum digunakan.
8. Hanya air siraman pertama menggunakan air klorok manakala siraman seterusnya adalah air biasa.

Cara mgkafankn sama dgn mgkfankan jnazah biasa cuma pada lapisan kedua, kte kne ltk lapisan plastik lutsinar. Proses yg strusnya sama dgn jenazah biasa.selepas memndikan jenazah,kita kenalah mandi supaya kita dapat mghindarkan diri daripada jgkitan kuman. Jadi jgnlah takut kalau kita disuruh utk mmndikan jenazah pesakit HIV/AIDS sebab xde lagi kes yg mlibtkan org yg mmndikan jenazah HIV/AIDS trkena jgkitan HIV/AIDS,aslkn kita ikut cara2 yg btul....=)